Saturday, 15 February 2014

KUIH TRADISIONAL MALAYSIA

  


Assalamualaikum w.b.t..
disini kami ingin kongsi serba sedikit tentang kuih tradisional yang sempat kami rasa keenakannya dan masih mengekalkan cara tradisi dahulu. Kuih tradisional merupakan kuih warisan zaman dahulu kala tetapi pada masa kini kuih tradisional telah diolah bentuknya menjadi pelbagai jenis.

KUIH KAPIT

kuih kapit adalah panggilan orang cina manakala orang melayu pula memanggilnya kuih sepit. kuih kapit sering menjadi pilihan juadah dibulan syawal namun ada juga yang menjadikannya sebagai santapan minum petang. Namun ada perbezaannya kuih kapit dahulu dan kini dimana kuih kapit pada masa kini terdapat dalam pelbagai rasa dan bentuk sebagai contoh kuih kapit yang berada pasaran sekarang kuih kapit berperisa coklat dan mempunyai pelbagai bentuk yang menarik kerana kuih kapit kini telah dibuat menggunakan teknologi moden dan kualitinya agak kurang berbanding yang asli. ada yang menggunakan pembakaran elektrik dan juga menggunakan kuali dan minyak. Jadi untuk mendapatkan kuih kapit yang sedap kita perlu mendapat kuih kapit yang dibuat secara tradisional yang masih mengekalkan resepi warisanya.

BAHULU

Kuih bahulu merupakan kuih tradisional yang sudah lama terkenal di Malaysia ini. Kuih ini menjadi kelaziman bagi masyarakat kita untuk dihidangkan pada hari raya, majlis perkahwinan dan lain-lain majlis.kuih ini amat sesuai dijadikan hidangan diwaktu petang bersama keluarga.Pembuatan kuih bahulu ini mudah dan hanya memerlukan bahan-bahan yang mudah didapati seperti tepung gandum, telur dan gula. Namun, perbezaan bagi setiap bahulu yang dihasilkan adalah pada sukatan dan teknik pembakaran bahan-bahan asas pembuatan bahulu. Dengan keadaan dunia yang semakin moden, teknik pembuatan kuih bahulu juga sudah berbeza berbanding zaman dahulu kerana cara pembuatannya yang moden pada masa kini kuih bahulu telah diolah dengan pelbagai rasa dan bentuk yang lebih menarik.


TEMPEYEK/REMPEYEK

Tempeyek atau dikenali sebagai rempeyek merupakan kuih tradisional yang cukup digemari oleh masyarakat di malaysia ini kerana kuih ini mempunyai keenakannya yang tersendiri. kuih tempeyek/rempeyek sering mendapat sambutan ketika menjelang Hari Raya Aidilfitri atau majlis-majlis keramaian. Dahulunya kuih tempeyek/rempeyek hanya didapati dalam satu jenis sahaja tetapi kini kuih tempeyek/rempeyek telah dipelbagaikan dengan bentuk dan ramuannya. Untuk membuat tempeyek  kita memerlukan bahan-bahan seperti tepung beras, santan, 3biji telur dan bahan-bahan lain seperti keteumbar,jintan manis,jintan putih udang kering garam dan kapur secukup rasa. Hiasanya ialah kacang tanah dan ikan bilis.

KEREPEK PISANG

Apabila disebut tentang kerepek pisang pasti sesetengah dari masyarakat yang tidak tahu tentang kerepek pisang. kerepek pisang adalah juadah pilihan masyarakat melayu kerepek pisang sangat mudah untuk dilakukan tetapi perlu memilih pisang yang betul untuk membuat membuat kerepek pisang supaya pisang yang telah digoreng akan menjadi ranggup dan sedap. bahan untuk membuat kerepek pisang ialah pisang,garam dan kunyit. kerepek pisang sering menjadi juadah sampingan pada Hari Raya Aidifitri.



KUIH KAPAL TERBANG

Anda pernah dengar tentang kuih kapal terbang? Mungkin ramai yang tahu dan ramai juga yang tidak tahu kerana kuih ini dipanggil dengan nama lain iaitu kuih tiram @ kuih lidah buaya tapi bagi nama lainya ialah kuih kapal terbang. cara pembuatan kuih kapal terbang sangat mudah dan memerlukan teknik yang betul untuk melakukannya. kuih kapal terbang sering mendapat permintaan ketika majlis perkahwinan atau hari perayaan. kami sempat merasa sendiri kuih kapal terbang ini rasa sangat sedap,manis dan ranggup.


PUTU KACANG

Putu kacang ini merupakan sejenis kuih yang terkenal di Selangor,tetapi di Melaka, orang memanggil kuih ini sebagai kuih koya. putu kacang tradisional ini berbeza dengan putu kacang moden kerana putu kacang moden menggunakan tepung yang siap dikisar di kedai dan tidak disangai. Mungkin ramai yang tidak pernah melihat putu kacang cara pembuatan putu kacang juga amat mudah hanya memerluka kacang hijau dan gula halus. Sebenarnya putu kacang  mempunyai cerita dan peranan tersendiri di dalam adat Melayu.Putu kacang ini dahulunya dijadikan kepala hidang di atas meja semasa Hari Raya dan juga dijadikan sebagai kuih adat untuk meminang keluarga yang masih mempunyai anak dara untuk anak bujang mereka.


MINI POPIA GULUNG

 popia gulung pada masa kini telah dimodenkan memjadi beberapa perisa baru. Antaranya ialah popia gulung serunding, popia gulung nestumdan popia gulung milo.popia gulung serunding ini sangat mudah untuk membuatnya dan perlu tahu teknik untuk membuat dengan betul.popia gulung sering mendapat permintaan pada musim perayaan ia menjadi juadah sampingan. rasanya yang sedap dan rangup membuat sesiapa yang makan akan inginkan lagi.

KUIH KARAS

kuih karas adalah kuih yang terkenal di negeri kedah. kuih karas diperbuat daripada tepung beras yang mempunyai bentuk seperti jaringan halus sama seperti bihun tetapi ianya sangat rangup dan rasanya manis berbanding dengan kuih karas yang lain masih lagi terdapat bentuk seperti jala halus yang agak keras tetapi mempunyai rasa yang sangat manis dan kelihatan garing. kuih karas boleh dibentuk dengan menggunakan pelbagai lipatan mengikut kretiviti seseorang. kuih ini masih lagi terdapat pelbagai perisa antaranya perisa asli, coklat,stawberry dan berperisa pedas.

KUIH LOYANG/KUIH GOYANG

Kuih loyang/goyang merupakan kuih yang unik melalui namanya kerana kuih ini mempunyai cara tersendiri dalam pembuatannya sebagai contoh apabila ingin dikeluarkan dari acuan perlulah digoyangkan dahulu acuannya. Terdapat nama lain bagi kuih ini seperti kuih ros ini kerana bentuknya seperti bunga dan kelihatan menarik. Kuih ini mudah didapati di merata  tempat kerana ianya telah dikormesialkan pada masa kini. proses membuat kuih loyang agak lama dan memerlukan kesabaran kerana kuih ini sering melekat pada acuannya dan akan menjadi kembang. pada masa kini terdapat kuih loyang yang dipelbagaikan bentuk dan juga warna yang berbeza bagi kelihatan lebih menarik untuk orang ramai mencuba keenakannya.